<body>
underneath the stars
I'll wait for you darling.

Navigations are at the top.


bold italic underline link



Thursday, December 6, 2007
Thanks..
1:18 AM

Tuesday, December 04, 2007

BENGANG!!!
X DA TEMPAT LAIN YANG AKU LEY LEPASKAN GERAM..
AKU RASA KAT SINI LA TEMPAT YG PALING BEST..KADANG2 TENSION AKU BILER INGAT KAN TTG KWN2 NIE...KLU MANJAKAN SGT CAM NIE LA JDNYA..
MENGADA -NGADA!!!
AKU PUN X TAHU NAK BUAT CAMNER NGN KWN AKU SOWANG NIE..
KENAL DAH LAMA..NAK MARAH KANG DAH BESO PANJANG...
SO PADA KWN AKU SOWANG NIE..KALAU RASA DIRI TU BEROTAK..UBAH2KAN PERANGAI...
JGN ASYIK NAK SALAHKAN ORG LAIN..KALAU DIRI SENDIRI YG SALAH...
ONE MORE THING...JGN SUKA GUNAKAN KUASA..JGN RASA DIRI BERKUASA BILER KITER ADER DUIT..
SEBAB X SEMUA ORG BOLEH DIBELI DGN DUIT
ESPECIALLY AKU!!!
AKU X KISAH KAWAN AKU BERDUIT ATAUPUN TAK...
ASALKAN DIA ADALAH SEORANG KAWAN YANG X MEMENINGKAN KEPALA
DAN SESAMA PANDAI MENJAGA HATI AKU...
AKHIR KATA,
AKU BUKAN X SAYANG KAWAN...
TAPI KADANG2 AKU KENA SAYANG DIRI AKU SENDIRI
SUPAYA X ROSAK KERANA SEORANG KAWAN...
HARAP KAWAN AKU NIE FAHAM!!!!


------------------------------------------------------------------------------------------------

Erm.. terkedu aku bila baca statement nie.. Aku x sangka sejauh nie kwn yg paling aku sayang akan wat pada aku.. Tp xpe, ini hak dia.. Aku x penah nak salahkan dia.. Sbg seorg manusia, aku x lari dari rasa kecik ati.. sbb selama aku kenal dia, selama dia menjadi sahabat aku, x penah walaupOn sekali aku ceritakan or publish keburukan dia.. aku terima seikhlasnya.. tp ini yang dia buat pada aku.. Ya Allah, pedihnya aku rasa..
Now, mende dah jadi.. nak diputar semula x mungkin ia akan berlaku.. sO aku terima dgn ati yang terbuka.. aku rasa biarlah aku mengundurkan diri dr idOp dia.. aku rasa bersalah sgt.. cuma yang aku rasa sedih, aku still dlm keadaan yang terumbang-ambing.. tp nak wat cane.. aku kena belajar idOp tnpe menyusahkan dia..
Kepada dia, aku minta maaf byk2.. Halalkan makan minum aku.. Jaga diri ko baik2 n aku akan dOakan ko success dlm bidang yang ko minati.. Amin...
Bye..


Monday, November 26, 2007
Tanpamu..
9:36 AM

Kini aku sendiri lagi
tanpa kasihmu menemani
puas aku membelai
ternyata tiada bermakna..

Andai telah ditakdirkan
kita tak mungkin bersama
ku rela melepasmu pergi
dengan keredhaan dan airmata..

Ku ukir senyum dibibir
biar gundah didalam hati
tidak akan sesekali ku sesali
mencintaimu kenangan terindah buatku..

Maafkan aku sayang
andai ku x bisa membuatmu bahagia
walau jauh dari pandangan
namamu takkan ku lupa..

Doaku
semoga hari-harimu sentiasa bersinar
dengan kasih dan sayang
dari insan yang lebih tulus menyayangimu
usah dikenang kisah yang lalu
biar ia tersimpan kemas dlm ingatan
tanda kasihmu suatu ketika dahulu
pernah menjadi milikku..




Thursday, November 22, 2007
Lirik Lagu : Seribu Tahun..
1:12 PM



Tajuk Lagu : Seribu Tahun
Penyanyi : Imran Ajmain


Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
ku kan selama ini..

Biar berputar Utara Selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia..

Relaku mengejarmu
Seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki
ku kan tahan sepanjang jalan ini..

Biar membisu burung bersiulan
Terbelah lautan gelombang
Ku masih setia..

* Adakah engkau yakin
Ini cinta
Adakah engkau pasti
Ini tuk selama-lamanya…..

( p/s : aku suka lagu nie.. tapi pada pendapat korangla, perlu ker nak setia sampai beribu tahun sedangkan dia langsung x menunjukkan yang dia mencintai kita?? rentikan la..!! )

Labels:



Tuesday, November 13, 2007
ntah pe ntah..
1:01 PM

Aku ingat nak Update semlm tp xley sbb aku kena amik EL.. sO, mlm td la baru aku smpi kat Lipis nie.. Tp kan, tiap2 kali klu akU dah balik KL, aku btUl2 mls nak balik ke Lipis nie blk.. Sebenarnya jiwa aku memberontak dlm diam bila aku terpaksa pindah kat sini.. Ikut hati aku nak jer letak jawatan tp bila pk2 blk, nie la sumber pendapatan aku.. klu aku berenti kang aku nak keje pe plak.. ermm.. nasib badan.. redah jerla kan..

Aku start bercuti ari khamis lepas tapi ari rabu tu aku balik KL awal sbb Nenek sedara aku meninggal dunia.. Yang sedihnya aku x sempat nak jumpe arwah sbb pagi tu aku ada mesyuarat penting dekat Maran.. So, lps meeting baru aku dpt blk ke KL.. singgah pun utk kenduri arwah jerla.. Apapun aku doakan agar arwah dicucuri rahmat oleh-Nya.. Al-Fatihah..

Kadang2 bila direnung balik, idOp aku nie terlalu byk dugaan yang terpaksa aku tempuhi.. sib baik aku nie tabah sket orgnya, klu x sure bley gila.. hu3.. Bila dah bahagia, melampau2 plak bahagianya,, kadang2 tu bila tgh ada prOb, melampau2 plak sbb skali dtg smpi 3-4 prOb.. hazab aku nak hadap sOrg2.. tp xpe.. akU maintain senyum beb.. hanya yg terdekat dgn aku jerk yang tau apa prob aku.. thanks to My BEstfrenz ( Afzal Nazeri ) sbb sudi temankan aku saat2 aku berduka.. hu3..

Sebenarnya seksa bila kita terlalu sygkan seseorg.. btOl x? sbb bukan mudah untuk menyayangi org yang kita sayang.. Aku pOn kadang2 tu bagai nak rak berpk cane nak settlekan satu2 masalah yang mendtg.. sib baik sahabat2 aku memahami.. bley gak tolong bagi idea.. sampai 1 tahap aku mula buat mende yang aku langsung x penah buat hanya utk menghilangkan rasa seksa tuh.. tp kejap jer pOn ilang.. pastu dtg balik.. hu3.. bOdoh btOl bila smpi mcm tu skali aku buat semata-mata xnak pk psl prOb tuh.. tp nak wat cane.. klU pk sgt nanti aku plak yg Berderai.. iskk.. (srooottt.. sambil kesat idOng)..

Ok r, kita lupakan episode duka.. Yang penting idOp nie kita kena enjoy.. jgn pk sgt klU ada masalah.. cuba buat2 relax.. hehe.. kalO xleh gak.. kOrg pk r inisiatir sendiri ekk cane nak sOlve dat prOb.. aku x tau.. ekekeke..

chalOoOo beb..!!

( p/s : aku harapkan cinta ini akan mekar utk selamanya kerana aku dah terlalu letih utk menghadap segala onak dan duri yang pasti membuatkan aku terluka.. sayangilah aku sepertimana aku menyayangimu.. cintailah aku kerana itu yang aku perlukan.. Maafkan aku andai aku pernah menyakitimu.. )


Tuesday, November 6, 2007
henpOn baru..
1:33 PM

Aku nie benOrnya x taU nak watpe.. pk punya pk akU pOn hadap pc trus mengetuk papan keybOd utk wat entry.. ermm.. haru gak sbb xtau nak cite pe.. tp xpe.. bab merapu serah kat aku.. wakakaka…

Pada suatu hari.. aku tiba2 berperasaan untuk memiliki hp mcm Tun Teja.. tp bila wat kira-kira, Overbudget plak.. nak xnak aku guna r dulu hp yg ada.. ( masa tuh aku guna N93i ).. hp tu kira ok gak cuma aku nie jerk.. bab2 hp aku bley jadi TAKSUB.. hu3.. ( taksub tu kawan aku yg slalu kata kat aku ).. so, start dr teringin tu aku pOn pasang angan2 nak beli gak suatu hari nanti.. akU suka sgt kat hp mcm Tun Teja tu bkn pe.. nmpk smart bila hp tu duk dlm porch yg mmg khas utk dia.. hu3.. teruja aku wehh..

Hasrat aku tuh aku simpan kemas2 dlm ati.. aku yakin 1 day aku akan memiliki hp tuh.. sabaq ja.. hu3.. kebetulan setelah dicatu itu dan ini, hari yg dinanti pun tiba ( 04hb Nov 2007 ).. masa tu plak aku sensorg sO lagi ler jauh melangkah.. kalO akU dgn si dia sure dia x bagi aku beli punya.. inilah kesempatan yang aku tunggu2.. ekekeke..

Aku smpi jerk tmpt tuh trus aku gi kat kedai yg biasa aku deal.. sib baik member aku tuh ada.. sure lagik murah aku bley dapat.. hehe.. deal punya deal.. persetujuan dicapai maka hasrat aku pOn secara automatic akan menjadi kenyataan.. walaupon hakikatnya aku sedih sbb aku mmg tgh ada prob.. tp hp tu sedikit sebanyak dpt menggembirakan aku.. !st time pegang hp tuh, rasa mcm nak melompat tinggi2 sbb happy.. Berjaya gak aku dptkan hp tuh.. yea..yea..yea..yea..

Dah settle sume aku trus blk umah then bersiap2 nak balik Lipis.. Kali nie aku ke Pekeliling tnpe ditemani si dia.. takpe r, aku kena belajar idop tanpe dia.. kalO dah itu kehendak dia.. aku redha.. yg penting N95 berjaya gak aku miliki.. wawawawawa…

Tamat..

( p/s : aku jadi begini kerana aku terlalu menyayangimu.. andai itu satu kesalahan padamu.. aku redha.. kerana ku sedar aku sekadar pengemis cintamu yg setia.. )


Thursday, November 1, 2007
Open "atap" r..
12:00 PM

antara tetamu yang hadir.. * curik dr blog TTM.. hikhik..


Firstly, aku nak ucap terima kasih banyak2 pada En. Hang Tuah & wife dia merangkap TTM aku iaitu Pn. Tun Teja sebab sudi jemput aku datang ke majlis Open Atap umah dia ahad lepas ( 28 Okt 2007 )..

Aku dengan rela hati membawa diri sensOrg ke umah dia tanpa ditemani sape2 atas sebab2 yang x dpt nak dielakkan.. ( Pn. Tun Teja jerk yg tau ).. Aku gerak dr umah kul 11 pagi sebab aku nak ke Bus Stand Pekeliling beli tiket dulu sbb masa aku balik KL aritu aku blk dgn hOusemate so dek takut x dpt tiket blk ke Lipis aku menggagahkan gak ke sana lps tu baru gi umah Tun Teja.. Adoi lar.. berdegup-degap jantung aku nie sbb aku nie jarang naik kOmuter.. Dr KL Sentral aku amik kOmuter ke Serdang sbb dr situ Tun Teja pick up aku.. dah dekat katanya.. akU redah jerla.. hu3.. sib baik smpi..

Turn jerk kete, princess2 Tun Teja dah jerit.. “ ehhh.. I tOld u rrr”.. muahahaha.. “ I told u “ tu adalah trademark yg aku bagi pd princess Tun Teja.. masuk dlm tgk Kak Retna, bOnda Kak Retna n si Umie duk tgh berborak.. Aku lepak kat dlm lebih kurang 2 minit jerk kut sbb aku xleh nak meriah2 sgt kat dlm tuh.. x elOk depan bOnda kak retna tu aku gelak besau.. hu3.. Very De x sesuai.. melabuhkan diri dari awal smpi nak balik kat luar umah jer.. saje nak amik angin.. lg 1 senang aku nak capai makanan yang tersedia.. strategi yang bijakkan.. ngeeee… lps dr tuh baru r 1 gerabak ke 1 gerabak dtg.. Kak Ayu, Dheqchik, Yatt’s My Kroni, Jun ( Boss Msjbox) n wife, Qaseh n Kanda, Kak Jie n family & Azkam..

Aku budget nak balik dlm kul 3 sbb tiket bas kul 5 tp disebabkan PR aku nie memang diperakui bagus Oleh semua.. so, Tun Teja dengan bangganya tahan aku x bagi blk smpi terlajak kul 6.30 ptg.. eii.. sib baik r TTM kalo x.. sendiri mau ingat r.. Tp aku pOn berat ati nak blik benOrnya.. Ko pOn taU apa sbbnya kan wahai Tun Teja.. isk..

Nak balik aku tumpang Jun sbb diaOrg nak gi Pdn Indah.. smpi umah dlm kul 7.10 then trus capai beg segala bagai trus kuar.. Kebetulan mak aku xde gi Surau.. kalO x sure aku dah kena leter.. hu3.. Sbnrnya aku x tau nak gi mana.. nak balik Lipis bas dah xde.. nak lepak umah Tun Teja segan plak.. penyudahnya aku lepak umah kwn aku.. esok mlm baru balik Lipis..

Tamat cerita.. ngeeeee….
( p/s : jika makin pudar cinta dihatinya, usah diharap ia akan bersinar kembali.. terimalah dengan redha kerana telah tersurat bahawa dia bukanlah milikmu.. )


Friday, October 5, 2007
4:14 PM

Syurga rumahtangga itu fitrah hati, Naluri semulajadi yang pinta diisi, Kerananya jejaka rela menjadi suami, Kerananya perawan rela menjadi isteri, Masing-masing dengan harapan, Agar rumahtangga membawa kebahagiaan, Matlamat yang satu tapi jalannya berliku, Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza, Lalu bermacamlah jalan ke sana, Ada yang mengatakan, Bahagia itu pada harta, Diukir dari intan permata, (Gah, suamiku seorang jutawan), tidak kurang merasakan, bahagia itu pada rupa.. Ditempa oleh wajah rupawan, (Wah, isteriku seorang celeberity), ramai juga yang merasakan, bahagia itu pada kuasa, dituai oleh pangkat dan jawatan, (Wah, suamiku seorang negarawan), pelbagai jalan menimbulkan dilema, mencari yang benar mempelai tersasar, kalaulah bahagia itu pada harta,kalaulah bahagia itu pada nama, kalaulah bahagia itu pada rupa, kalaulah bahagia itu pada kuasa, kenapa Charles dan Diana berpisah, kenapa Elvis dan Priscilla berpecah, kenapa Onassis dan Jackie bertelagah. Bahagia itu dari dalam hati, Kesannya zahir rupanya maknawi, Terpendam bagai permata dalam hati, Terbenam bagai mutiara disalut nurani, Bahagia itu pada HATI, Bertakhta di kerajaan diri, Bahagia itu pada JIWA, Mahkota di singgahsana rasa, Bahagia itu KESABARAN,Bila susah tak gelisah, Bila miskin tak pemarah, Bila gagal tidak resah, Hakikatnya bahagia itu ketenangan, Bila hati mengingati tuhan, Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati, suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi, itulah zikir yg hakiki. Binalah rumahtangga atas tapak iman, Tuluskan niat luruskan matlamat, 'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi', 'isteriku, kaulah permaisuri hati.....', penyeri Islamku nanti, muktamadlah akad sahlah nikah dengan nama Allah, gerbang perkahwinanpun terserlah, Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan, Iman itu tujuan, Syariat itu jalan, Tempat merujuk segala permasalahan, Tempat mencari semua penyelesaian, - isteriku, taatilah hukum Allah.... suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w, Binalah hidup di neraca maaruf, Rumah jadi sambungan madrasah..., Seninya kerana solat..., Indahnya oleh munajat, Tapaknya ....iman, Jalannya ....syariat, Natijahnya.....akhlak, Tiga penjamin segala, kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang suami', 'cinta dan kasih isteri', lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan... "Soleh dan solehah" Aku'....



about/
tag/
links/
credits/
past/